KENAPA PILIH KAMI

MENTORING KEUSAHAWANAN

INGIN MENJADI SEBAHAGIAN EKOSISTEM MENTORING KEUSAHAWANAN KAMI?

Asas Niaga Consultancy & Engineering Sdn Bhd  telahpun bekerjasama dengan beberapa panel fasilitator, perunding dan tutor yang terdiri daripada pakar industri, akademik dan syarikat korporat untuk memberi khidmat nasihat serta menjadi tenaga pengajar bagi kursus-kursus keusahawanan kepada mana-mana individu, bakal usahawan dan syarikat sediada.

Kami menawarkan perkhidmatan perniagaan dalam bentuk pemasaran, sistem, IT dan latihan keusahawanan bagi meningkatkan Sistem Kualiti dan Pembangunan Projek/produk baru. Juga komited menawarkan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan dengan menyediakan bimbingan dan jalan penyelesaian keseluruhan dalam perlaksanaan latihan berkualiti.

Mana-mana individu yang mempunyai minat dan azam yang tinggi untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar, anda dijemput untuk sertai group FAQ Asas Niaga. Klik link dibawah :

https://bit.ly/3cEuhjL


"Quote"

APA ITU GERAN KERAJAAN ?
.
.
Geran atau dana adalah sejumlah wang yang boleh dipohon oleh setiap usahawan yang layak untuk membiayai apa saja projek perniagaan yang tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

Berbeza dari pinjaman, usahawan tidak perlu membayar kembali geran atau dana tersebut sesuai mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, setiap usahawan perlu meyakinkan pembiaya bahawa projek yang akan dilaksanakan adalah berbaloi untuk dibiayai dan sudah tentu usahawan yang dipilih adalah yang paling tepat untuk diberikan kepercayaan.

Kebanyakan geran/dana yang terdapat di Malaysia tidak semestinya dalam bentuk WANG TUNAI sahaja. Ada juga geran diberikan dalam bentuk peralatan, perkakasan dan pensijilan. Sebarang jumlah atau geran yang dipohon, setiap usahawan perlu menunjukkan dengan tepat bagaimana geran/dana ini akan digunakan.

FAQ

VISI 
Menjadi salah satu syarikat perunding di Malaysia dengan menyediakan Latihan, Bimbingan, Penyelidikan, Pembangunan Modal Insan yang berkualiti dalam mencapai kecemerlangan dan kepuasan maksima pelanggan adalah fokus utama kami.

MISI

Melahirkan potensi modal insan terbaik dengan menerapkan konsep 80% “Re-engineering” kaedah penyampaian pengetahuan secara praktikal dan 20% Teori dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti, inovatif, holistik dan bersinergi dengan pelbagai pihak samada kerajaan atau swasta.

OBJEKTIF

• Membantu menggilap dan berkongsi segala kelebihan yang dimiliki kepada calon pelanggan supaya dapat berdaya saing, lebih maju dan berkeyakinan tinggi samada dalam kehidupan dan perniagaan.

• Memberikan perkhidmatan terbaik dan mempromosikan kelainan yang berkesan dalam menguruskan latihan, perundingan dan pengembangan perniagaan.

• Pembangunan modal insan yang akan menjadi teras utama pembangunan ummah dalam berkongsi apa saja ilmu dan pendidikan samarata.

NILAI UTAMA

• Komitmen Pelanggan | Customer Commitment
• Profesionalisma | Professionalism
• Inovatif | Innovation
•Kebolehpercayaan | Trustworthiness

STRATEGI KORPORAT 

• Mewujudkan potensi diri individu dari segi pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku bagi mendorong mereka menyertai peluang yang ditawarkan dalam kehidupan dan perniagaan.
• Menetapkan standard dan kajian sistematik ke arah kecemerlangan dan seterusnya meningkatkan akses kepada latihan berkualiti dengan menjimatikan kos.

KUALITI POLISI

• Memberi penyelesaian pendidikan maksimum kepada rakyat Malaysia keseluruhannya dengan kos seminima mungkin melalui kerjasama erat dengan pelaku industri semasa samada dari pihak kerajaan atau swasta.
• Sentiasa komited memberikan pakej-pakej terbaik dan latihan berstandard tinggi bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan kami.
• Sentiasa komited dalam proses peningkatan kualiti untuk memastikan objektif syarikat tercapai dengan jayanya.
• Sentiasa meminta pendapat dan pandangan pelanggan dan pemain industri tentang kerja kami demi memastikan peningkatan kualiti seniasa meningkat dari masa ke semasa.
• Kami sentiasa mengenalpasti kekuatan dan kelemahan syarikat dalam memberikan perkhidmatan dan usaha kami dalam memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan.

Kami memberikan setiap pelangan lebih nilai yang tidak hanya disampaikan melalui harga tetapi dari segi penyelesaian inovatif, pengurusan komersial dan risiko yang mantap. Nilai ditambah dengan pengurangan kos keseluruhan dan jadual yang diprogramkan semula dengan mengekalkan kualiti serta spesifikasi tertinggi.

Warga kerja kami sentiasa mengenalpasti ‘MENGAPA’dan ‘APA’ dalam memberikan penyelesaian terbaik dalam memenuhi aspirasi pelanggan kami. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian tersendiri agar ianya menjadi peluang yang akan memberikan faedah utama dapat dikenalpasti dan seterusnya dikembangkan.

Kami sentiasa membawa pendekatan lateral, berfikir secara inovatif dan kreatif. Pakar kerjasama kami bekerja disemua industri dimana penawaran perkhidmatan dan penyelesaian terinspirasi kami akan memberikan nilai tambah yang besar dalam mewujudkan kepastian, memastikan keselematan dan seterusnya mengurangkan risiko.

ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD didaftarkan pada tahun 2019 dimana ianya dimiliki 100% Bumiputra dan beralamat di Wisma Sunway, jalan Tengku Ampuan Zabedah c9/c, 40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Kami sedang cuba membina reputasi kepercayaan kepada setiap pelanggan kami terutama dari segi kualiti produk, penyediaan perkhidmatan yang cekap dan akan sentiasa meningkatkan usaha pemahaman kami terhadap struktur perniagaan pelanggan. Memenuhi kehendak, keperluan dan pandangan pelanggan adalah objektif kami.

ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD akan dipercayai secara berperingkat dengan wujudnya pasukan pengurusan yang cekap dan kekuatan kewangan yang bersedia menghadapi segala cabaran baru yang dihadapi dunia dengan adanya sokongan keseluruhan pelanggan dan usahawan kami.

ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD adalah rakan kongsi tempatan dan strategik kuat yang mampu membantu keseluruhan misi mencapai jangkauan  pasaran yang diinginkan.

ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD pasukan pengurusan sentiasa menyedari pentingnya komunikasi, pengalaman dan kemahiran yang berkesan dalam mengarahkan perniagaan syarikat kami. Pasukan pengurusan kami sentiasa komited dengan standard tertinggi dan menjadi teladan sepanjang operasi perniagaan kami.

Pasukan pengurusan kami juga memahami pentingnya hubungan masyarakat dengan fungsi pematuhan dalam mencapai standard keperluan maksima.

ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD memaksimakan kekuatan dalaman dan melakukan kaedah sinergik yang telah terbukti berkesan ketika memberikan perkhidmatan dalam memberikan hasil.

Pasukan pengurusan menuntut semua tenaga kerja kami beroperasi dengan standard intergriti tertinggi dan menerapkan dengan tegas piawaian tingkah laku perniagaan, Kod Etika Syarikat, Dasar dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menanamkan dan memupuk konsep pengurusan berkualiti menyeluruh walaupun pertama kali ianya dilakukan.

Tujuan kami hanyalah untuk mendorong penghormatan sejagat terhadap standard perniagaan yang tinggi. Pada abad ke-21 ini ianya lebih dikenali sebagai “ERA BUDAYA” sehingga pelanggan dan syarikat yang lebih kuat terhadap budaya ini. Dengan mewujudkan konsep kematangan sebegini, ianya akan meningkatkan taraf hidup, keseimbangan antara manusia dan alam dan hubungan sesama manusia yang kadang-kadang diabaikan.

Dengan kata lain, gaya masyarakat dan pasaran telah berubah dan persepsi orang juga telah berubah yang menyebabkan ‘budaya’ menjadi faktor penting dalam kehidupan seharian kita.

Perniagan teras ASAS NIAGA CONSULTANCY & ENGINEERING SDN BHD adalah:

▪️ Supply Of Medical Consumable

▪️ Green Technology Product

▪️ ISO & MPSO Consultant & Training

▪️ IT & Software Development

▪️ Certification & Facilitation

▪️ Grant Application &  Business Proposal

▪️ Medical Product Development

▪️ Manufacturing Consultant For Glove Leasing

ANIMEFLIX Watch anime online in high quality with english Subbed & Dubbed

https://twistmoe.net kissanime

KissAnime Watch english anime Online in HD for FREE

AnimeKisa Watch anime online, English anime online HD

Pinterest: https://www.pinterest.com/kissanimemx/

Zeef: https://zeef.com/profile/gogoanimebe